7 Sept 2009

TERSEREMPAK DGN HANTU DI KG. TAGIBANG

Hari khamis yang lepas, saya telah menyertai rombongan eh! maaf bukan menyertai, tetapi bertugas mengikuti lawatan YB Pn. Anita Barating berserta UPKR, Unit Hospital, RELA, dan "entourage" YB ke Kg. Tagibang. Kesemuanya berjumlah 18 orang dan 5 buah Hilux sebagai pengangkutan ke kg tersebut. 

Kami dimaklumkan oleh JKKK Kg Tagibang bahawa jalan melalui Ranau ke Kg. tersebut jalan yang bagus maksudnya "passable road". Dengan maklumat tersebut kami pun ikut jalan Ranau. Waduh!.. perjalanan tersebut  memakan masa 7 jam. Dari Kota Marudu jam 2 petang sampai di Kg. Tagibang sudah jam 9 malam. Kami sesat bah.. haya! tu kenderaan yang membawa JKKK ar.. tidak pun tunggu kami. Nah! terpaksa lah kami turun tanya orang kampung.

Tiba saja di Balai Raya Kg. Tagibang kami disambut oleh Ketua Kampung. Rasa letih, bau peluh dan daki melekat dikulit maka saya dan seorang rakan pergi ke belakang rumah Ketua Kampung menuju ke sebuah pondok tempat mandi. Kalau tak silap, masa tu dekat tengah malam sudah. Tiba di pondok tersebut,  saya memberi laluan rakan saya mandi dulu dan saya berjaga di depan pondok tersebut..Sewaktu saya sedang berdiri, tiba-tiba saya nampak orang berbaju putih bongkok sedikit lalu lurus menuju ke pondok buruk belakang tandas.  Saya jenguk pondok buruk tu pintu tidak berbuka pun, eh? mana sudah tu orang?.Tercengah saya  seketika. Orang kah? Hantu?. Kalau hantu, mengapa bulu roma tak berdiri?. Tanpa memberitahu rakan saya yang sedang mandi tu.. saya tinggalkannya dan balik ke balai raya. Sampai di dalam balai raya saya terus duduk dan berfikir, apa yang saya nampak tu, orang atau hantu? Pertanyaan ini berulang2 difikiran saya. Seorang dari rombongan menegur saya "letty, kenapa dengan kau?" Saya jawab selamba "o.. saya masih tunggu giliran saya mandi". Saya tidak memberitahu mereka kejadian tersebut. Oleh kerana rasa takut itu tidak ada pada diri saya dan bulu roma tidak berdiri maka saya fikir bukan hantu lah yang saya nampak tu. Lalu saya berdiri dan balik ke pondok tempat mandi. Lepas mandi dan makan, saya tidur berkhemah di luar balai raya. Yang lain, ada yang tidur didalam kereta dan ada yang tidur di lantai balai raya.

Keesokan paginya, masih berbaring didalam khemah terlintas difikiran saya tentang peristiwa malam tu.. kalau orang, mengapa dia paling pada saya? Tak dia tidak nampak saya? Napa dia jalan lurus, tidak mengelak rumput panjang? OMG! baru saya perasan yang saya tidak nampak kaki orang tersebut! Sah! memang saya terserampak dengan hantu.. Baru lah saya rasa seram..AarGhHH!!!!!

Lihat lah lakaran saya rupa bentuk hantu yang saya terserempak tu. Bikin takut kan? 

5 comments:

NONG said...

HAH!...adeees. kalau sya yg nampak kali tu Ty,sudah saya mati berdiri. hahaaa.Sya kira mau join ko baitu p sana nga ngam2 sya p tu taklimat cara mengisi dorang profail kampung d MDKM masa tu... frust o

MAMAYIYEN said...

adui...
takutnya..memang xpernah jumpa H ni tapi minta2 jangan la jumpa...
bikin takut oh kan..

Kaiserin Sisi said...

hoyoo.... napa ko ni slalu nampak yg bukan2? nasib kami nada ikut sama, pasti satu kampung begagar dengar kami teriak! Muahahahhahaa :-)

Yohana Tawith said...

eeee meremang bulu roma!
yg bikin kesian tu yg sedang mandi kena kasi tinggal.
hahaha!

J.Mojutan said...

Ty, sekali sekala nampak hantu tak mengapa ba, itu tandanya hantupun suka berkawan dengan kita.Lagipun hantu yang kamu nampak itu jenis yang baik kerana dia tidak kacau kamu, dia "Hantu metalang itu".Ok apapun kena berhati-hati juga apa bila berada dimana-mana kie.